Perkhidmatan yang kami sediakan

1. Permohonan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta - Tadika, Pusat Kemahiran, Pusat Perkembangan, Pusat Tuisyen dan Pusat Pusat Komputer.

2. Pendaftaran untuk permit Pengelola, Guru dan Pekerja IPS.

3. Pembaharuan Perakuan Pendaftaran IPS.

4.
Pembaharuan Permit Pengelola, Guru dan Pekerja IPS.

5. Permohonan pindah permis Institusi Pendidikan Swasta.

6. Khidmat nasihat/Perundingan Pengurusan Pendidikan Swasta.


Bayaran :

Pembayaran bagi pendaftaran dan pembaharuan hanya diterima setiap hari Selasa dan Khamis (8.00 AM -11300 pm dan 2.00 pm - 4.30pm). Kadar bayaran yang dikenakan seperti berikut :

1. Sijil Pendaftaran Sekolah - (Bank Draf atas nama Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang)
Pendaftaran baru : RM300.00.
Pembaharui RM100.00.
Sijil Pendua Gantian RM 10.00.
Tukar Premis RM 50.00.

2. Sijil Pendaftaran Pusat Tuisyen dan Pusat Kemahiran - (Bank Draf atas nama Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang)
Pendaftaran baru : RM150.00.
Pembaharui RM50.00.
Sijil Pendua Gantian RM 10.00.
Tukar Premis RM 50.00.

3. Permit Jemaah Pengurus, Pengelola, Guru dan Pengelola bagi Sekolah Swasta, Pusat Tuisyen dan Pusat Kemahiran : Pendaftaran Baru RM 6.00.
Memperbaharui RM1.00.
Sijil Pendua Gantian RM 2.00


4.
BayaranTadika Swasta
Sijil Pendaftaran Institusi- RM 7.00,
Memperbaharui -RM2.00.
Sijil Penduan Gantian -RM5.00.

5. Bayaran bagi Permit Jemaah Pengurus, Pengelola, Pekerja dan Guru Tadika Swasta
Pendaftaran-RM7.00
Memperbaharui RM 2.00
Sijil Pendua Gantian RM5.00

Anda boleh muat turun borang-borang permohonan untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Swasta (Tadika, Pusat Tuisyen, Pusat Perkembangan, Pusat Kemahiran, Pusat Komputer dan Pusat Bahasa) :

Peristiwa dan Berita

..daripada Unit Pendidikan Swasta

Thursday, May 29, 2008

KURSUS KURIKULUM PRA SEKOLAH KEBANGSAAN AMBILAN 10/2008

Pada 25 hingga 27 mei 2008 Unit Pendidikan Swasta dengan kerjasama Unit Sekolah Rendah (prasekolah) telah mengadakan kursus bertempat di Hotel Langkasuka, Langkawi , Kedah. Seramai 104 guru-guru tadika swasta dari seluruh Negeri Pulau Pinang dan kedah telah menyertai kursus.

Tujuan diadakan ialah :

1. Memberi pendedahan kepada pengusaha dan guru-guru tadika swasta dalam pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
2. Sebagai latihan kepada guru-guru tadika swasta dalam pengurusan ruang dan penggunaan bahan sokongan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
3. Memberi pendedahan kepada guru tadika swasta dalam pengurusan ruang dan penggunaan bahan sokongan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
4. Membantu guru-guru tadika swasta membuat perancangan/ strategi Rancangan Tahunan dan Aktiviti Harian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Sijil kehadiran kursus telah disampaikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Swasta En Abu bin Hassan